Tuesday, October 22, 2013

Kem Generasi Q 2013

Memiliki anak yang soleh dan solehah merupakan impian semua ibu bapa. Selain daripada tenang mata memandangnya, manfaat di akhirat kelak jua lah yang diharapkan. Ilmu yang bermanfaat dan didikan yang betul mampu melahirkan generasi yang dibanggakan oleh agama.

            Justeru, kami menawarkan program yang mampu menyumbang ke arah pembentukan aqidah, ibadah dan akhlak terutamanya kepada generasi muda seperti remaja dan kanak – kanak.Melalui program ini,mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam diri  agar menjadi muslim yang proaktif dan tinggi tawakkalnya kepada Allah.

Kita optimis bahawa anak-anak remaja inilah yang bakal menjadi pencorak negara pada masa akan datang dan seterusnya menjadi kebanggaan agama kita.

Objektif

·         Membentuk perserta agak menjadi anak yang TAAT kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, dan Ibu Bapa.
·         Membimbing peserta melaksanakan IBADAH Solat dengan sempurna serta menghayatinya.
·         Memberi pendedahan tentang teknik HAFAZAN QURAN.
·         Mendidik peserta agar menjadi insan yang BERAKHLAK MULIA.
·         Mencetus kemahuan peserta untuk menjadi PENCINTA ILMU.